Anime wajib tengok, lebih kurang adik beradik Gundam Seed & watak - watak Clamp yang lain. Rugi kalau tak tengok.
Sinopsis:
Lelouch vi Britannia melalui hari - hari yang normal persekolahannya bersama - sama rakan - rakannya dan adiknya, Nunnaly. Pada suatu hari, dia dikejutkan dengan serangan pengganas di tempat tinggal beliau iaitu di Eleven (suatu masa dulu ialah Jepun) yang mana telah dijajah oleh Britannia. Demi menyelamatkan dirinya, dia telah menerima suatu kuasa hebat iaitu 'Code Geass' (Kuasa Raja/Pemerintah) yang diberikan oleh wanita misteri iaitu C.C yang mana berfungsi untuk mengarah sesiapa sahaja di dalam tangan nya. Dia juga telah bertemu dengan rakan masa lampau, Suzaku, dan kini terpaksa menyamar sebagai ZERO demi melindungi rakan - rakan dan adik kandungnya. Dapatkah dia mengembalikan keamanan dunia? Bagaimana kesudahannya? Tonton la.
Genre: Aksi, Romantik, Persahabatan, Adventure
Seasons: R1,R2

Video Trailer R1:
No comments:
Post a Comment